‘Kepercayaan’

Posted: April 28, 2008 in ABSARIA

Salam buat rakan rakan di sana,malam ini sadikit masa saya luangkan untuk blog ini,untuk diri kalian sebagai saksi kepada perubahan dan untuk diri yang menulis sebagai peringatan. Agak sukar untuk mencari apa tajuk bualan dan apa isinya.Justeru saya memilih untuk bercerita perihal ‘kepercayaan’. Sebelum ini saya telahpun membaca blog rakan debat daripada UMP ,saudara azwan,yang juga berbicara perihal ‘kepercayaan’.Namun malam ini bukan untuk mengupas apa yang telah ditulis beliau,sekadar mengambil inisiatif yang sama. Hakikatnya ada yang bangga apabila diberi kepercayaan ,kerana melaluinya kita diberi penghormatan. Ada juga yang takut dan resah apabila diberi kepercayaan,kerana melaluinya pintu neraka terbuka seluas kayangan,kiranya kepercayaan itu diabaikan.Konklusinya, kepercayaan ini seharusnya diberi kepada yang hak,yang mampu menjaga dan melaksanakan kepercayaan tersebut. Suatu perkara yang terbuku dihati apabila mengingatkan empunya diri ini seringkali mengkhianati kepercayaan yang diberi. Mengenangkan tanggungjawab sebagai seorang hamba,seorang anak,seorang abang,seorang pelajar mahupun sebagai manusia biasa;Semuanya akan dipersoalkan di depan Nya. Justeru kepercayaan yang diberi harusla dijaga dan dilaksanakan sebaik mungkin.Sememangnya kita sebagai manusia biasa tidak pernah lepas dari digoda nafsu dan syaitan. Justeru satu sudut perubahan yang perlu bagi diri ini,saya berharap agar lebih sensitif kepada kepentingan menjaga dan melaksanakan tanggungjawab dan kepercayan yang diberi.Pastinya ianya buka suatu yang perlu dibanggakan tetapisuatu yang perlu dilaksanakan.

Advertisements
Comments
  1. memang kepercayaan perlu. penting dalam membantu melakar kegemilangan kendiri dalam membantu diri sendiri. BEGITU JUGA DEBAT. perlukan kepercayaan rakan sepasukan, kepercayaan kepada diri sendiri dalam memberikan persembahan yang terbaik. itulah “simptom-simptom” kejayaan!!

    TERUSKAN MEMBLOGGING ABG BOB. BUKANKAH “BLOGGING MENIFESTASI RAKYAT MERDEKA”..HAHAHA

    keep ur sucees !!

  2. adexieqa says:

    salam..
    kepercayaan..bukanlah suatu yg mudah bg seseorang itu utk menceritakan segala-galanya tentang kehidupan lampau dan sejarah hitam kepada orang lain melainkan dengan adanya KEPERCAYAAN..
    Bagi insan yang mendapat kepercayaan itu,pasti akan timbul pelbagai perasaan..mgkn mkn syg atau mgkn mkn mbenci..terpulang pd penerimaan setiap individu.
    Akhir kata..KEPERCAYAAN yang diberikan oleh insan ini adalah kerana dia dpt merasa suatu perasaan yang selamat dan dilindungi maka lahirlah kepercayaan. Bukan utk dikhianati tetapi ikhlas dan jujur di hati ntok insan lain mengetahui siapakah diri ini yang sebenarnya?

  3. kepercayaan utk sst yg lbey myeluruh…
    b’coz the words itself…so..
    sejauh mane kepercayaan itu wujud dlm diri…….
    ask urself…it’s all yours..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s