Archive for April, 2008

Salam buat rakan rakan……Alhamdulillah pagi selesai paper final hubungan etnik dengan keadaan yang agak memenatkan kerana soalan soalan yang agak mencabar.Walaupun terasa diri ini sudah bersedia namun apabila di uji dengan soal soaln sebegitu baru lah diri ini sedar masih ada kekurangannya.hehehe,pendek kata,ada yang x dapat dijawab dengan baik.Apapun,let bygone be bygone. Yang lepas biarkan lepas…Anyway anyhow thanks to Encik Wan Mohd Nasir Wan Abdullah diatas tunjuk ajar yang beliau berikan yang sudah dipelajari;cara berfikir,lalangisme,bedalisme dan macam macam yang baru daripada beliau. Thank you very much. Kita tinggalkan isu yang lepas untuk sama sama berkongsi tentang hatiku yang bergelora…hakikatnya hari ini agak tertekan kerana paper final agak rapat.Esok paper contract yang ‘dinanti nanti’ Means malam ni kene stay up la coz banyak kes x ingat lg.: ) Apapun apa yang ingin saya kongsi dengan kalian adalah berkenaan rasa hati yang seringkali tak menentu. Terkadang rasa diri ini sudah bosan dengan keadaan hidup ini,penuh dengan kepura puraan.Bukan senang nak jadi diri sendiri.Banyak hati yang perlu dijaga ,dan juga seringkali banyak juga hati yang terluka. Bercakap soal hubungan juga, hakikatnya banyak perkara yang perlu dijaga bila ada hubungan lelaki dan perempuan. Semenjak ‘berkenalan’ dengan hubungan kawan lelaki dan kawan permpuan ni,banyak perkara yang telah membuat hati ini bergelora.Entahlah,bukan mau cerita pada dunia yang diri ini bagai malaikat,namun jauh di sudut hati mahu lari dari hubungan yang sia sia ini.Memang tidak dinafikan,kita perlukan ia apa di situasi yang memerlukan ia,namun ia sering datang apabila di situasi yang kita tidak perlukan ia. Maka kerana itulah ‘Hati Ku Bergelora…’ penuh dengan nafsu dan noda. Bila hati penuh dangan nafsu dan noda,maka ianya tak mampu membawa empunya hati kepada hubungan yang sebenarnya empunya diri perlukan.Iaitu hubungan empunya diri dengan rabbul alamin,pencipta empunya diri.Maka dek keran itulah,ramai yang sering hanyut dengan hubungan yang sia sia ini. Diri ini hanya mampu membisik kan telinga menenangkan hati agar terus bersabar, menantikan hubungan yang direstui : )

Tapi,calon pun tak de lagi. hahaha

‘Kepercayaan’

Posted: April 28, 2008 in ABSARIA

Salam buat rakan rakan di sana,malam ini sadikit masa saya luangkan untuk blog ini,untuk diri kalian sebagai saksi kepada perubahan dan untuk diri yang menulis sebagai peringatan. Agak sukar untuk mencari apa tajuk bualan dan apa isinya.Justeru saya memilih untuk bercerita perihal ‘kepercayaan’. Sebelum ini saya telahpun membaca blog rakan debat daripada UMP ,saudara azwan,yang juga berbicara perihal ‘kepercayaan’.Namun malam ini bukan untuk mengupas apa yang telah ditulis beliau,sekadar mengambil inisiatif yang sama. Hakikatnya ada yang bangga apabila diberi kepercayaan ,kerana melaluinya kita diberi penghormatan. Ada juga yang takut dan resah apabila diberi kepercayaan,kerana melaluinya pintu neraka terbuka seluas kayangan,kiranya kepercayaan itu diabaikan.Konklusinya, kepercayaan ini seharusnya diberi kepada yang hak,yang mampu menjaga dan melaksanakan kepercayaan tersebut. Suatu perkara yang terbuku dihati apabila mengingatkan empunya diri ini seringkali mengkhianati kepercayaan yang diberi. Mengenangkan tanggungjawab sebagai seorang hamba,seorang anak,seorang abang,seorang pelajar mahupun sebagai manusia biasa;Semuanya akan dipersoalkan di depan Nya. Justeru kepercayaan yang diberi harusla dijaga dan dilaksanakan sebaik mungkin.Sememangnya kita sebagai manusia biasa tidak pernah lepas dari digoda nafsu dan syaitan. Justeru satu sudut perubahan yang perlu bagi diri ini,saya berharap agar lebih sensitif kepada kepentingan menjaga dan melaksanakan tanggungjawab dan kepercayan yang diberi.Pastinya ianya buka suatu yang perlu dibanggakan tetapisuatu yang perlu dilaksanakan.

Teruskan perjuangan…

Posted: April 28, 2008 in ABSARIA

salam… Malam ni untuk kesekian kalinya,kafe menjadi tempat bersidang para pelajar undang undang untuk menghafal. Semalam keadaan agak tenang dan nyaman. namun malam ni agak terganggu dengan kehadiran peminat bola yang khusyuk dengan dunia bolanya,menonton perlawanan liga English. Harap2 diaorg x lama,so boleh la study dengan aman. Malam ni objektifnya nak menghafal kes2 contract yang agak banyak. X pe,Pelan pelan.(“,). Sebenarnya malam ni nak berkongsi dengan kalian tentang anugerah yang telah berjaya saya rangkul untuk semester ini.’Anugerah Pelajar Terbaik KoKurikulum Fakulti 2007/08′ ,merupakan anugerah yang diberikan kepada pelajar yang aktif ko kurikulum. Pemenang akan menerima wang tunai RM100 ,Cenderemata dan sijil serta saguhati daripada fakulti. Justeru, bagi wakil siswa,saya telah pun ke pentas,manakala bagi wakil siswi,nurul Atiqah Alias,junior saya yg telah berjaya menerima anugerah tersebut. Bukan tujuan berbangga ,tetapi untuk memberi semangat pada diri untuk meneruskan kejayaan dan meningkat usaha bagi menerokai kejayaan yang lain. Pada malam penganugerahan itu juga,rakan rakan seperti ikhwan sharil dan amar juga dianugerahkan dengan anugerah dekan kerana pencapaian akedemik mereka. Bagi saya,tersemat di hati untuk mendapatkan anugerah dekan bagi semester yang akan datang,InsyaAllah. Jadi,agenda malam ini akan diteruskan dengan sesi penghafalan.(“,)Doakan saya dan rakan rakan diberi kemudahan untuk memahami dan menghafal kes kes contract ‘kesukaan ‘ kami ini…

Nota Contract & Amar Arafat

Posted: April 26, 2008 in ABSARIA

Morning…yap baru je lepas tutup tadi dah buka balik blog ni,rasenya sayang untuk melepaskan mata dari menatap blog baru ni.setelah penat 2 jam menatap nota contract(paper final 30hb april), rehat n rasa mahu terus menulis. Pagi ini,rasanya nak habiskan 2 bab,Privity of contract dan Frustration.Harap harap dapat bertahan fizikal dan mentalnya….Pagi ini juga,27hb April,Hari lahir rakan seperjuanganku Amar Arafat Bin Ramlee,genap 22 tahun umur beliau. Seorang yang sentiasa ceria dan ‘menceriakan’ orang sekelilingnya. Moga dipanjangkan umur dan dipermudahkan segala urusan dunia dan akhirat.Memang banyak pengalaman bersama beliau semasa di peringkat diploma dahulu.Segalanya itu semestinya menjadi kenangan terindah buat kami.So, to amar arafat,keep it up ,success neva ending. Alhamdulillah ,sekarang tinggal lagi nak hafal kes kes yang semestinya bertimbun…so terpaksala break kejap untuk ‘si contract’ ni. oklah,doakan kejayan saya dan rakan rakan seperjuangan sekalian. Strive for Justice!

DUNIA BARU!

Posted: April 26, 2008 in ABSARIA

‘Permulaan kepada perubahan’…Saya kira blog ini akan menjadi titik tolak kepada penjenamaan semula diri yang menulis ini. Dengan semangat baru, wajah baru,tentunya matlamat baru akan bermula.Pelbagai perancangan telah pun dilakar yang pastinya menuntut kepada pelaksanaan yang penuh dengan displin. Segala kekuatan,kelemahan,peluang dan rintangan telah pun dikaji dan pastinya daripada hasil analisa diri ini akan diberi suntikan baru.Segala kekuatan akan dikuasai,segala kelemahan akan diperbaiki,segala halangan akan diatasi dan segala peluang akan diisi. Pastinya sokongan dari kalian rakan dan taulan amat diperlukan.Tuntas ,biar saya berkongsi dengan kalian apa matlamat blog ini diwujudkankan. Perjanjian telahpun diungkap,diri ini akan berubah.Justeru anda lah saksi kepada perubahan ini. Justeru dalam diri ini menuju matlamat perubahan,segala nasihat,dorongan dan kritikan membina daripada kalian amat diharapkan . Saya akan terus menulis segala macam perkembangan biarpun hanya angin dan debu debuan yang menjadi saksinya. Akhir kalam,dengan penuh semangat baru , DUNIA BARU telah bermula!